Minggu 3


APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET 
Pengenalan
Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul iaitu sebagai panduan. Antara isu yang membabitkan etika penggunaan internet dalam era maklumat adalah hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian. Sebagai pengguna internet yang bijak, kita harus menggunakan internet dengan berlandaskan garis pandua dan etika yang betul.

ETIKA KOMPUTER
ü Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
ü Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat

MASALAH MORAL DAN ETIKA
Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:
·         Penggertak
·         Penyalahgunaan internet
·         Virus
·         Hak cipta
·         Perisian cetak Rompak
·         Penggertak:
·         Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
ý  Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuankemusnahan

Penyalahgunaan internet
ý  Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.

Virus:
ý  Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian komputer.

Hak cipta terpelihara
ý  Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu
Perisian cetak rompak:
Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual
PRINSIP ETIKA KOMPUTER
• Keseimbangan
• keizinan temaklum
• keadilan
• Meminimum-kan risiko

Panduan Kepada Pengguna Komputer Adalah Seperti Berikut:

1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.



1. Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet 
Muat turun 1 . Rujukan :



Muat turun 2. Rujukan :




2. Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk Brosur dan Power Point 



Brosur


Langkah 1 :Tekan menu “start” pada destop



Langkah 2 : Pilih “All Programs" dan kemudian pilih kekunci “Microsoft Office”. Pilih “Microsoft Office Publisher"



Langkah 3 : Setelah paparan Microsoft Publisher keluar, pilih jenis templat yang sesuai.




Langkah 4 : Pilih template yang sesuai.




Langkah 5 : Edit templat dengan kesesuaian bahan dan masukkan isi ke dalam bahagian yang disediakan.




Langkah 6 :Brosur siap