Minggu 2

MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


 Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
 Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

Apa itu ‘Enjin Pencari’?\

 Merupakan softwawre yang digunakan untuk mencari maklumat.
 ‘Enjin pencari’ dicipta pihak tertentu bagi mencari maklumat dengan meletakkan kata kunci pada ruang yang telah disediakan.
 Kata kunci mestilah tediri daripada perkataan yang ringkas atau sasaran maklumat yang hendak kita dapatkan.

Tujuan dan Jenis Enjin Pencari.

› Tujuan (konteks pendidikan)
v Mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif.
v Memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan.

 Jenis ‘enjin pencari’
 www.google.com
 www.yahoo.com
 www.teoma.com

Dimanakah enjin pencari dapat dilihat:
tempat enjin pencari dapat dilihat ialah seperti di bawah,
Contoh 1:





Contoh 2:





Cara Mengkategorikan Maklumat:
 Video
 Gambar
 Ruangan
 Lagu
 Multi
 Permainan
 Perniagaan


Bagaimana mendapat maklumat di internet?
1. Mengenalpasti tajuk.
2. Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.
3. Memilih enjin pencarian yang tepat.
4. Menyemak kesesuaian maklumat atau bahan yang dijumpai. (cuba guna enjin pencari yang berlainan)
5. Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu.


CONTOH PENGAJARAN
Tema Hidup Bahagia
LATIHAN BERTUTUR
LAKONKAN KEMBALI WATAK DI DALAM VIDEO

Penerangan
Langkah pertama : Guru menayangkan video menggunakan LCD. Setelah itu, guru bersoal jawab dengan murid tentang isi video yang telah ditayangkan.


( rujuk video)







Langkah dua:
Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan kecil dan meminta mereka melakonkan kembali adegan – adegan yang terkandung dalam video tersebut.

Langkah tiga:
Setelah sepuluh minit, guru meminta setiap kumpulan mempersembahkan lakonan masing – masing di hadapan kelas.
Langkah empat:
Guru menerangkan nilai – nilai murni yang terkandung dalam lakonan yang dipersembahkan oleh murid- murid.


Antara nilai – nilai murni yang terkandung dalam lakonan tersebut ialah:
1. Jalinkan persahabatan
2. tolong – menolong
Langkah lima:
Guru menutup sesi p&p dengan memberi pujian ke atas lakonan anak didiknya.


Kemahiran bertutur diselitkan sewaktu guru meminta murid melakonkan kembali babak dalam video yang telah ditayangkan di hadapan kelas. Semua murid berkomunikasi dan menyampaikan maksud kata antara satu sama lain. Kesimpulannya, teknik lakonan antara teknik pembelajaran yang sesuai dilaksanakan bagi kemahiran bertutur.