Monday, 27 February 2012


PENGENALAN

    Corak pendidikan masa kini semestinya sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan sepuluh tahun yang lampau. Perkembangan teknologi maklumat membawa implikasi yang besar terutamanya dalam konteks pendidikan. Konsep-konsep pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada penggunaan teknologi semakin mendapat perhatian institusi-institusi pendidikan di Malaysia terutamanya selepas tahun 1993 apabila Kementerian Pendidikan dan MIMOS bekerjasama memperkenalkan satu perisian yang dinamakan ComIL.

     Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer adalah salah satu cara pemindahan pengetahuan atau maklumat yang semakin popular dikalangan para pendidik. Siti Fatimah (2001) mendefinasikan Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer atau PPBK sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek.. Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaan komputer untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar.

    Kesimpulannya, PPBK ialah perisian yang bercirikan pendidikan yang mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks, bunyi dan gambar bertujuan untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta menerima maklumbalas darinya. Apabila cara pendidikan yang konvensional diganti dengan cara yang lebih moden, seperti PPBK ini, semestinya ia haruslah dapat memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menggalakkan dan produktif.
 
PENGAJARAN-PEMBELAJARAN BANTUAN KOMPUTER

      PPBK atau juga dikenali juga sebagai perisian pendidikan mempunyai beberapa ciri perisian yang penting. Bostock (1996) menekankan bahawa tujuan utama perisian PPBK dibangunkan adalah untuk menggalakkan pembelajaran. Ia adalah berbeza dari fungsi perisian bersifat komersial. Oleh itu, mana-mana perisian PPBK yang dibangunkan mestilah melibatkan proses pembelajaran. 

         Antaranya ciri-ciri perisian yang baik adalah seperti mesra-pengguna, bersifat interaktif iaitu mampu memberi maklum-balas kepada pengguna, kreatif, mempunyai unsur-unsur peneguhan supaya objektif pembelajaran benar-benar tercapai, tahan lasak, tiada ralat dan menghiburkan.  

              Teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam perisian pendidikan tersebut mestilah tidak mengganggu tumpuan pengguna. Topik-topik yang hendak disampaikan sebaik-baiknya ringkas dan menarik persembahannya agar memberangsangkan pengguna meneruskan pembelajarannya. Butang-butang navigasi yang digunakan melancarkan rekabentuk antaramuka perisian

Thursday, 9 February 2012

HASIL PEMBELAJARAN
Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara atas talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
Membina tapak pembelajaran yang mudah.
Mengedit bahan pengajaran secara atas talian.
Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.


SINOPSIS KURSUS
Kursus ini menjelaskan penggunaan enjin pencari bahan Bahasa Melayu, aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet, pemilihan bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran, pembinaan dan penggunaan tapak dan laman web, pengaplikasian struktur perpautan, pengaplikasian model pemprosesan maklumat, pengajaran bahasa secara atas talian, pengajaran dan pembelajaran secara bilik maya dan sidang video, pengarangan alat pengarangan, mereka cipta animasi, bengkel penggunaan cakera padat, dan seminar dan pameran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran Bahasa Melayu.